Senin, 25 April 2011

♥ ~::* Wahai Adam Pemimpin & Hawa Yang Dipimpin...*::~ ♥

Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah dibalik keindahan nya
Janganlah engkau sengaja patah kan nya..tapi..
Sebaliknya ..luruskan lah dengan penuh hikmah & sayang..

Wanita berakal setipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Karena mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan dari-nya
Jangan coba menjinakkan mereka dengan harta
karen nantinya mereka semakin liar..
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah puncaK kekuatan dunia ..

Akal seTipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai.. lelaki bergelar pemimpin..

Suburkanlah ia karena dari situlah nantinya
Mereka akan lihat penilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbi-nya

Bila wanita menjadi durhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Niscaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan istri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Sayidina Ali karamallahuwajhah...

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Al-Quran...
Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diarungi bersama dengan sabar dan rihdho
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Wahai lelaki...wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan Nur-Nya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki..

Wahai lelaki yang punya peranan besar,

Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dengan baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih sayang padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbaiki kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan ridholah kepadanya..

Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu....

 

i